Pemain Spurs Bayar Semula Tiket Penyokong di Newcastle

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Pemain Tottenham Hotspur akan membayar kembali tiket yang dibeli penyokong mereka ketika pasukan berkenaan dibelasah 6-1 oleh Newcastle United di St James’ Park hujung minggu lalu kata kelab utara London itu hari ini.

Pemain juga memohon maaf terhadap persembahan mereka dan berkata mereka akan melakukan apa sahaja untuk bangkit ketika pasukan itu bertarung bagi menamatkan musim di kedudukan empat teratas berbaki enam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan itu juga menyebabkan Spurs memecat jurulatih sementara mereka, Cristian Stellini semalam dengan Ryan Mason mengambil alih jawatan ketua jurulatih sehingga pasukan dapat mencari penggantit.

“Sebagai sebuah skuad, kami faham kekecewaan anda, rasa marah. Ia memang tidak cukup bagus. Kami tahu perkataan sahaja tidak cukup dalam situasi seperti itu tetapi percayalah kepada kami, kekalahan seperti ini menyakitkan,” kata pemain Spurs dalam satu kenyataan.

“Kami menghargai sokongan anda, di laman sendiri dan di luar, dan kerana itu, kami akan membayar balik kos tiket penyokong untuk perlawanan di St James’ Park.

“Kami tahu ini tidak mengubah apa yang yang berlaku pada Ahad dan kami akan lakukan apa sahaja untuk membetulkan keadaan ketika berdepan Manchester United pada malam Khamis ketika sekali lagi sokongan anda amat bermakna kepada kami.”

– BERITA HARIAN