Pemain United Teruja Menanti Era Jurulatih Baharu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Pemain Manchester United teruja untuk bekerja bersama dengan Erik ten Hag dan pelantikan pengendali dari Belanda itu dianggap tidak lagi menimbulkan keraguan dalam melakukan persiapan untuk musim depan, kata pemain pertahanan, Diogo Dalot.

Jurulatih Ajax Amsterdam itu menandatangani kontrak tiga tahun, dengan pilihan lanjutan setahun, untuk menggantikan bos sementara, Ralf Rangnick di United bermula akhir kempen musim ini.

“Saya tidak fikir anda perlu melihat banyak perkara untuk mengetahui bahawa dia seorang pengurus yang hebat,” kata Dalot kepada Sky Sports.

“Apa yang dia lakukan dengan Ajax adalah sesuatu yang luar biasa.

“Dia bermain bola sepak yang sangat menarik, saya rasa setiap peminat United teruja untuk mempunyai pengurus seperti ini, dan kami sebagai pemain juga begitu.

“Dalam kepala kami, ia sudah jelas siapa pengurus musim depan dan itu bagus… mengetahui siapa yang diharapkan. Kemudian kami akan mempunyai masa dalam pramusim untuk bekerjasama, mendapatkan idea kami dengan betul dan memulakan musim baharu.”

Rangnick, yang akan kekal sebagai perunding di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu walaupun dilantik sebagai jurulatih Austria, bersedia untuk membincangkan masa depan Cristiano Ronaldo dengan Ten Hag dan Dalot berkata pasukan berkenaan gembira memiliki penyerang itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang pujian lagi untuk diberikan mengenai cara dia bekerja, dia seorang manusia yang hebat,” kata Dalot. “Angkanya ada, statistiknya ada, jadi kami gembira memilikinya.”

Sumber: BERITA HARIAN