Pemasangan Landasan Ecrl: Fasa Pertama Siap Sebulan Awal

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Fasa pertama kerja pemasangan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timut (ECRL) iaitu sejauh 92 kilometer dari Kuantan Port City (KPC), Pahang ke Dungun, Terengganu menunjukkan permulaan yang baik apabila jajaran utamanya siap sebulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata penggunaan mesin pemasangan trek model ‘CCPG-500A’ yang canggih serta julung kali diguna pakai dalam industri rel di Malaysia secara purata membantu pemasangan landasan sepanjang 1.5 km hingga dua km sehari.

“Kerja pemasangan landasan ECRL telah memasuki fasa kedua sejak 9 Mac lalu yang membabitkan jajaran utama sepanjang kira-kira 90 km dari KPC ke Maran, Pahang,” katanya.

Kerja pembinaan jajaran ECRL di Pahang berjalan dengan lancar dan mencapai kemajuan sebanyak 58.97 peratus setakat Februari lalu, didukung oleh kerja terowong, pemasangan rasuk jejambat, pembinaan stesen dan pemasangan landasan.

Katanya, jajaran ECRL sepanjang 258 km di Pahang itu membabitkan pembinaan tujuh stesen iaitu stesen Cherating dan KotaSAS adalah untuk tujuan penumpang sahaja manakala stesen KPC, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong adalah stesen gabungan penumpang dan kargo.

-Buletin TV3