Peminat United Mahu Trio England di Old Trafford

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Peminat Manchester United kelihatan teruja selepas melihat gandingan hebat Marcus Rashford, Luke Shaw dan Harry Kane.

Ketiga-tiga pemain itu beraksi buat skuad England kendalian Gareth Southgate pada aksi kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia Utara di Old Trafford, awal pagi tadi.

Selepas menerima tekanan pada aksi kelayakan itu, kebuntuan gol dipecah pada minit ke-29 apabila Kane meledak masuk di depan Stretford End.

Jaringan Kane hadir selepas Rashford merampas bola di sebelah kiri sebelum melorongkannya kepada Shaw yang membuat hantaran silang leret kepada kapten Three Lions itu.

United dikaitkan dengan perpindahan buat Kane, namun bintang Tottenham itu dijangka bernilai lebih £100 juta (RM592 juta) dan kelab itu difahamkan enggan meneruskan rundingan lanjut.

Penyokong setia The Red Devils bagaimanapun menggunakan Twitter untuk memujuk Erin ten Hag bagi melunaskan perjanjian itu selepas melihat apa yang mungkin berlaku.

Seorang peminat berkata: “Rashford kepada Shaw dan Shaw kepada Kane. Menjaringkan gol di hadapan Stretford End sebagai pemain tuan rumah. Ia suasana yang menggembirakan. Malangnya (Daniel) Levy (pemilik Tottenham) degil seperti keldai.”

Peminat kedua berkata: “Rashford kepada Shaw kepada Kane. Saya mahu menyaksikan trio ini di Manchester United…”

“Kane menjaringkan gol. Diumpan oleh Rashford dan Shaw. Bagaimana peminat United (dan Ten Hag) mahu melihat kombinasi ini musim depan,” ciap peminat lain.

Shaw secara terbuka mahu beraksi di samping Kane dan rakan sepasukan England, Declan Rice di peringkat kelab selepas mengepos gambar di Instagram di samping dua pemain itu.

Shaw berkata: “Saya gembira jika mereka menyertai United, saya tidak akan berbohong. Saya beritahu mereka betapa bagusnya Manchester United kerana saya tahu kualiti mereka.”

– BERITA HARIAN