Pelakon Amar Asyraf telah membuat keputusan untuk berubah penampilannya dan dia mengakui bahawa dia kini selesa memakai pakaian serban sehariannya. Nama sebenarnya, Amar Asyraf Zailuddin, 35 tahun berkata, dia ingin mencontohi cara hidup termasuk pemakaian Nabi Muhammad SAW dan mengharapkan penghijrahannya untuk mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.
Tambahan lagi, Amar berkata dia juga semakin aktif menyertai kelas agama dengan mengikuti kumpulan tabligh.
“Saya idolakan Nabi Muhammad dan sudah tentu kalu boleh kita pun nak ikut contoh pemakaian seperti Nabi, In Sya Allah.”
“Saya mula sertai kelas tabligh sejak bulan Januari lalu dan antara rakan artis yang sama-sama dengan saya ialah Datuk Nash, Ali XPDC dan Hafiz Suip.”
Malah, Amar juga menceburi bidang perniagaan jenamanya sendiri untuk membuka gerai menjual produk sambal balado dan choco jar bersama isterinya, Arna Salleh.
Seiring dengan penghijrahannya, pelakon filem Ratu Kala Jengking juga berharap dia dapat mengelak daripada melakukan babak bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita menerusi naskhah drama atau filem yang dibintanginya kelak.
Katanya, saya masih nak terus berada dalam bidang hiburan walaupun mungkin saya akan kurangkan babak yang bersentuhan dengan pelakon-pelakon wanita.
“Kalau ada adegan yang tidak boleh sangat nak tipu dengan teknik kamera, mungkin saya terpaksa buat juga tapi kalau boleh saya minta pada Allah tunjukkan jalan yang ada,” katanya.
Amar juga berkata dia akan terus aktif dalam industri agar dapat bersama-sama mengajak rakan-rakan selebriti lain untuk melakuan perubahan ke arah menjadi Muslim yang lebih baik.
“Saya nak terus berada dalam industri hiburan mungkin sebab ada tugas saya yag lain untuk mengajak kawan-kawan dalam bidang ini menuju ke jalan Allah yang satu.”
“Setakat ini paling lama saya pernah keluar bersama kumpulan tabligh adalah selama 10 hari dan Alhamdulillah semoga saya terus istiqamah dengan penghijrahan ini,” ujarnya lagi.
Sumber: MSTAR