Penduduk Kampung Peruang Di Lipis Gembira, Dapat Perkhidmatan Internet 4G

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Liputan perkhidmatan internet lemah di Kampung Peruang, Lipis yang telah lama dialami penduduk kini berjaya ditambah baik susulan siapnya kerja menaik taraf stesen pemancar ke rangkaian 4G di kampung tersebut sejak November tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sebelum itu pihak SKMM telah turun padang bertemu Penghulu Mukim Budu, Encik Mohd Sofi Hamzah dan Pengerusi JPKK Peruang, En. Zainul Abidin Bakar serta penduduk bagi mendapatkan maklum balas terkini.

“Saya difahamkan, dalam pertemuan tersebut pihak MCMC telah membuat ujian kualiti perkhidmatan dan mendapati kelajuan Internet yang kini dinikmati penduduk berada pada tahap yang amat baik, stabil dan memuaskan,” katanya di sini hari ini.

Pihak SKMM Pahang turun padang bertemu Penghulu Mukim Budu, Encik Mohd Sofi Hamzah (dua kanan) baru-baru ini.

Beliau berkata, penduduk Kampung Peruang sebelum ini telah beberapa kali membuat aduan kepada SKMM berkenaan masalah liputan yang dihadapi.

Justeru dengan dengan tersedianya perkhidmatan 4G di Kampung tersebut, ianya membolehkan penduduk mendapat capaian Internet yang lebih berkesan sekaligus memudahkan urusan seharian mereka.

Melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Daerah Lipis, sebanyak 52 menara baharu dengan liputan 4G akan dibina dimana empat telah siap dan beroperasi manakala baki 48 menara lagi dalam proses kajian tapak dan mendapatkan kelulusan tanah.

Selain itu, sebanyak 146 stesen pemancar sedia ada di daerah itu juga akan dinaik taraf kepada rangkaian 4G.

Sumber: PAHANGMEDIA