Kini penduduk Muslim di Athena, Greece akhirnya boleh melaksanakan Solat Jumaat secara berjamaah di masjid di wilayah Athena. Masjid itu dirasmikan pada hari Jumaat (6/11/2020), masjid pertama di bandar itu telah dirasmikan beberapa hari sebelumnya iaitu pada hari Isnin.
Solat Jumaat pertama diadakan di satu-satunya masjid di Athena dengan mempraktikkan jarak sosial akibat pandemik virus korona.
Jemaah Solat Jumaat dihadkan hanya seramai 12 orang, dengan ditetapkan hanya sembilan jemaah lelaki dan tiga Jemaah perempuan. Jemaah yang hadir juga perlu memakai topeng muka.
Khutbah Jumaat yang dibacakan dalam bahasa Greece menekankan pentingnya masjid pada masa Nabi Muhammad SAW. Selain tempat ibadah, masjid juga berfungsi sebagai pusat kegiatan komuniti. Imam pertama masjid adalah Zaki Mohammed, 49, warga negara Greece yang berasal asal Maghribi.
Dengan pembukaan masjid itu, Athena akhirnya berjaya memecah rekodnya yang terkenal sebelum ini sebagai satu-satunya ibu kota Kesatuann Eropah tanpa masjid.
Keputusan untuk membangun masjid di Athena pertama kali dibuat pada tahun 2006, dengan anggaran 887 Euro tetapi disebabkan kerenah birokrasi, protes oleh sesetengah pihak dan tuntutan undang-undang melambatkan proses pembinaan masjid tersebut.
Hingga saat ini, setengah juta penduduk Muslim di bandar itu masih perlu pergi ke ruang bawah tanah yang kotor untuk melaksanakan ibadah solat dan menjalankan aktiviti keagamaan.
Sumber : Mina News