Penerima BPP hargai kesungguhan kerajaan Pahang bantu rakyat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PEKAN : Kesungguhan Kerajaan Pahang membantu setiap lapisan rakyat melalui jutaan ringgit yang disalurkan dalam Bantuan Prihatin Pahang (BBP) amat dihargai.

Encik Ahmad Shahar Abdul Ghafar, 60

Imam Surau Kampung Sawah, Encik Ahmad Shahar Abdul Ghafar, 60, berterima kasih atas sumbangan Jubah dan kain pasang kepada dia, bilal dan siak terlibat.

“Terima kasih banyak-banyak kerana tidak melupakan kami dan sentiasa mencari usaha untuk membantu setiap golongan.

“Semoga Kerajaan Pahang terus cemerlang dan dapat membela nasib rakyat pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas penyampaian BBP secara pandu lalu di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Puan Normashitah Zakaria, 45

Bagi Puan Normashitah Zakaria, 45, dari Kampung Teluk, penghargaan harus ditujukan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang menjaga kebajikan rakyat di negeri ini.

“Terima kasih Menteri Besar, Kerajaan Negeri serta pemimpin setempat yang lihat keadaan kami ketika berhadapan cabaran Covid-19,” katanya.

Bagi pengusaha kantin Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Encik Mohd Azhar Abdul Latib, 52, ingatan Kerajaan Negeri amat dihargai malah usaha berkenaan menggembirakan rakyat.

Encik Mohd Azhar Abdul Latib, 52

“Terima kasih kepada pemimpin yang ingat pada kami dan sentiasa menghulurkan bantuan terutama pada masa ini.

“Sememangnya wabak ini tag menyebabkan banyak kesulitan dalam hidup kita, namun perhatian daripada pemimpin meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Tuan Syed Azam Syed Abdullah, 61

Peniaga kecil, Tuan Syed Azam Syed Abdullah, 61, juga mengatakan hal sama terhadap usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri terhadap rakyat yang sedang dalam mode ‘survival’.

“Kami sedang berjuang untuk menyara hidup seharian, jadi apa sahaja bantuan yang dihulurkan amatlah kami hargai.

“Ia meringankan beban malah menjadi harapan kepada kami untuk meneruskan kehidupan walau dalam keadaan yang penuh cabaran,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA