Pengalaman Bekas Tahanan Uyghur Yang Dipaksa Makan Daging Babi Dalam Kem Tahanan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kekejaman pihak berkuas Cina terhadap warga Muslim Uyghur terus tersebar di seluruh dunia dengan membangunkan kem tahanan bagi mendoktrinasi Kepercayaan warga  Uyghur sebagai Muslim. Namun pihak Cina terus menafikan dan menyatakan ia merupakan salah satu bentuk melawan terorisme. Berikut adalah pengalaman bekas tahanan Muslim Uyghur yang pernah dimasukkan ke dalam kem tahanan dan mengalami pengalaman perit.

Pengalaman Bekas Tahanan Sayragul Sautbay

Seorang bekas tahanan Uyghur iaitu Sayragul Sautbay telah dibebaskan  dua tahun yang lalu dari kem pendidikan semula di wilayah Xinjiang di China. Namun beliau masih mengalami mimpi buruk akibat seksaan “penghinaan dan keganasan” yang ditanggungnya ketika berada di kem tersebut.

Sautbay, yang berasal dari bandar Ili, berakhir di kem setelah pihak berkuasa menyedari bahawa suaminya dan dua anak mereka telah berangkat ke negara jiran Kazakhstan pada awal 2016. Dia turut merancang untuk menyertai ahli keluarganya ke luar negara namun pada masa itu pihak berkuasa telah merampas pasportnya serta  pegawai awam yang lain.

Disebabkan latar belakang perubatan dan pengalamannya dalam menjalankan prasekolah, Sautbay ditugaskan untuk mengajar sesama tahanan bahasa Cina, yang membolehkannya mengamati dengan teliti apa yang berlaku pada orang Uyghur.

Beliau yang merupakan seorang doktor perubatan dan pendidik kini tinggal di Sweden, baru sahaja menerbitkan sebuah buku di mana beliau memperincikan segala pengalaman penderitaannya, termasuk menyaksikan penyeksaan, penderaan seksual dan pensterilan secara paksa.

Bukan itu sahaja beliau juga turut menyatakan bahawa Muslim Uyghur turut dipaksa memakan daging babi, yang mana makanan yang dilarang dalam Islam di dalam kem tahanan.

“Setiap hari Jumaat, kami terpaksa makan daging babi. Mereka sengaja memilih hari yang suci bagi umat Islam. Dan jika sesiapa menolaknya, orang tersebut akan mendapat hukuman yang berat.” kata Sautbay

Di sebuah sekolah di Altay, sebuah kota di utara Xinjiang, para pelajar juga terpaksa memakan daging tersebut dan ketika banyak pihak menolak dan berdemonstrasi terhadap pentadbir sekolah mereka, pihak pemerintah menghantar tentera untuk campur tangan, kata Sautbay.

Pemerintah Xinjiang juga memulakan inisiatif  “makanan percuma” untuk kanak-kanak Muslim di tadika, dengan menyajikan mereka hidangan daging babi tanpa pengetahuan mereka, tambahnya. Ideanya adalah untuk mengajarkan kanak-kanak ini sejak usia muda, agar mereka akan terbiasa makan makanan yang tidak halal.

“China menggunakan taktik yang berbeza untuk memaksa orang Uyghur dan penduduk Muslim lain untuk memakan daging babi,” kata Sautbay. Dia menambahkan bahawa peraturan itu dirancang untuk menimbulkan rasa malu dan rasa bersalah pada tahanan Muslim dan tindakan itu sukar dijelaskan dengan kata-kata.

Setiap kali memakan daging itu beliau terasa  seperti  orang yang berbeza. Sekelilingnya menjadi gelap dan perbuatan ini sungguh sukar untuk diterima. Pembuktian dari Sautbay dan lain-lain memberikan petunjuk bagaimana China berusaha untuk mengawal  Xinjiang dengan memgawal aspek keagamaan, budaya dan agama etnik minoriti yang kebanyakannya beragama Islam.

Bahkan, pihak berkuasa Cina juga turut melaksanakan pengawasan yang meluas bermula tahun 2017 serta digunakan untuk membuka kem yang bagi  melawan pihak “ekstremisme”.

Penternakan Babi di Xinjiang semakin giat dijalankan

Bukan itu sahaja, menurut ahli antropologi Jerman dan sarjana Uighur, Adrian Zenz, pembangunan pertanian juga merupakan salah satu cara pihak negara Cina melakukan dasar “sekularisasi”.

Terdapat dokumen dan artikel berita yang sah menyatakan bahawa ada usaha “aktif” bagi mempromosikan dan mengembangkan penternakan babi di wilayah ini.

Sebelum ini pada bulan November 2019, pentadbir tertinggi Xinjiang iaitu  Shohrat Zakir menyatakan bahawa wilayah Xinjiang akan berubah menjadi “pusat pemeliharaan dan penternakan babi”. Bagi warga Uyghur, tindakan ini sememangnya satu penghinaan terhadap cara hidup mereka.

Terdapat atu artikel berita memberitahu bahawa sebuah ladang baru di wilayah Kashgar selatan, akan digunakan bagi tujuan penternakan babi bagi  menghasilkan 40,000 ekor babi setiap tahun. Projek ini dijangka menempati kawasan seluas 25,000 meter persegi (82 kaki persegi) di sebuah Kawasan  industri di daerah Konaxahar Kashgar, yang dinamakan semula Shufu.

Perjanjian itu ditandatangani secara rasmi pada 23 April 2020, dan menyatakan bahawa penternakan babi tidak bertujuan untuk eksport, melainkan untuk memastikan bekalan daging babi di Kashgar. Warga Uyghur merangkumi sebanyak 90 peratus populasi di bandar dan kawasan sekitarnya.

“Ini adalah bahagian dari usahaa untuk membasmi sepenuhnya budaya dan agama Muslim di Xinjiang, “Ini adalah bahagian dari strategi sekularisasi, mengubah Uyghur menjadi sekular dan mengindoktrinasi mereka untuk mengikuti parti komunis dan menjadi agnostik atau ateis,” tambahnya.” kata Zenz kepada akhbar Al Jazeera.

Kisah Bekas tahanan Zumret Dawut

Seperti Sautbay, ahli perniagaan Uighur Zumret Dawut juga mempunyai pengalaman dalam kem tahanan. Dia dijemput pada bulan Mac 2018 di Urumqi, kota tempat dia dilahirkan.

Selama dua bulan, Dawut mengatakan pihak berkuasa menuntut penjelasan mengenai hubungannya dengan Pakistan, tanah air suaminya. Mereka juga bertanya kepadanya tentang berapa banyak anak yang dia ada, dan adakah mereka telah belajar agama dan membaca Al-Quran.

Dia mengatakan bahawa dia dipermalukan berulang kali dan wajahnya pernah ditampar dengan kertas yang digulung kerana jawapannya tidak disenangi oleh penyiasatnya.

Pada waktu yang lain pula,  dia perlu merayu petugas lelaki dalam kem untuk mengizinkannya pergi ke tandas, untuk membantunya membuang gari di tangan dan memerhatikannya sepanjang dia berada di tandas.

Dia juga mengatakan bahawa dia dihidangkan daging babi berulang kali.

“Semasa anda duduk di kem bukan anda yang memutuskan untuk makan atau tidak. Untuk hidup, kita harus memakan daging yang disajikan kepada kita, ”katanya kepada Al Jazeera melalui jurubahasa. Dia dan beberapa tahanan wanita lain turut disterilkan untuk mengelakkan mereka mempunyai lebih banyak anak.

Pada tahun 2018, sebagai bahagian dari kebijakan rasmi negara, pemerintah Xinjiang juga mengumumkan bahwa semua restoran halal di rantau ini diharuskan untuk “beroperasi secara normal” pada bulan Ramadhan, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya ketika pertubuhan yang sama ditutup selama sebulan puasa.

Menurut laman web pemerintah Xinjiang, penerbitan memorandum yang berisi arahan mengenai pembukaan restoran untuk Muslim, memberi maksud untuk memastikan “berjalannya cara hidup biasa sepanjang bulan Ramadhan.”

Namun Zenz percaya bahawa arahan itu bermaksud pemerintah ingin memastikan “Warga Uyghur untuk makan dan tidak berpuasa” pada waktu siang.

Dia juga berkongsi dua dokumen rasmi lain, yang ditulis dalam bahasa Cina, yang menunjukkan pemerintah di Kashgar memberikan wang untuk makanan untuk kakitangan Uighur yang kebanyakannya beragama Islam pada bulan Ramadan.

Secara bersama, ini merupakan corak pemerintahan China yang menjalankan “perang melawan halal”, kata Zenz merujuk kepada istilah yang digunakan dalam Islam untuk menggambarkan makanan yang boleh diterima dan amalan harian yang lain.