Pengamal Media Jambatan Antara Kerajaan, Rakyat – MB Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Pengamal media adalah ‘penghubung jambatan’ antara kerajaan Kelantan dengan rakyat dalam menyampaikan segala maklumat dan informasi ke arah pembangunan serta kesejahteraan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata hubungan kerjasama kerajaan negeri dengan pengamal media amat diperlukan dalam usaha membantu mengetengahkan isu atau permasalahan dihadapi rakyat selain mempromosikan pembangunan negeri ini kepada semua lapisan masyarakat.

“Sebagaimana kita sedia maklum, ketika ini kerajaan sedang melaksanakan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) di Kelantan, kawasan tarikan pelancongan warisan di Kampung Laut di Tumpat dan sebagainya.

“Ini jelas membuktikan kesemua projek yang dilakukan ini adalah antara peranan pengamal media menyampaikan segala maklumat yang berkaitan kepada rakyat supaya mereka mengetahui dan memahami apa yang dilakukan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Mahabbah Media 2022, di sini, semalam.

Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub dan Pengarah Urus Setia Penerangan dan Komunikasi negeri Ahmad Fathan Mahmood.

Sumber: BERITA HARIAN