Hampir RM2 juta kerugian yang terpaksa ditanggung khususnya penggiat pelancongan selepas Taman Negara, Kuala Tahan ditutup sementara kepada pelancong sejak 6 Oktober lalu.
Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara, Leftenan Komander (Bersara), Mohd Abdul Rani Harun, 50, mendakwa jumlah kerugian tersebut dihadapi mereka sehingga November ini berikutan antaranya pembatalan tempahan bilik, pakej, sewaan bot jika pusat pelancongan terkenal negara itu masih belum dibuka sehingga tempoh tersebut.
Menurutnya, seramai 363 pengusaha terdiri pengusaha chalet, resort, pemilik bot, wakil agensi, pemandu pelancong serta peniaga tempatan kini buntu dan resah memandangkan sumber pendapatan mereka kian terjejas.
Situasi kian mendesak selepas ini kerana ia adalah tempoh buat mereka mencari rezeki memandangkan bulan November dan Disember berdepan musim tengkujuh.
Sebelum ini Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengumumkan Taman Negara Kuala Tahan antara fasiliti awam di bawah jabatan itu ditutup sementara waktu hingga satu tempoh diberitahu kelak sebagai langkah mencegah penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Baca selanjutnya di sini