Penjawat Awam Perlu Perkasa Integriti dalam Bendung Rasuah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – – Kerajaan negeri hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Perasmian Penutup Bulan Integriti Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 yang merupakan salah satu inisiatif dalam kerajaan negeri bagi membendung masalah berkaitan dengan integriti, rasuah terutamanya di kalangan penjawat awam.

Setiausaha kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata pihak kerajaan telah memperkenalkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) 2004 menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus.

Bertemakan integriti tonggak kecemerlangan penjawat awam, ianya adalah seangkatan kepada realiti bahawa semua penjawat awam mestilah sama-sama memelihara integriti masing-masing demi melahirkan seorang anggota perkhidmatan awam yang cemerlang dan berjaya.

“Suruhan jawatankuasa anti rasuah (JAR) di peringkat negeri Terengganu telah bersetuju agar semua ketua jabatan dan agensi memberikan komitmen masing-masing bagi menyediakan pelan anti rasuah organisasi (OACP) masing-masing.

“Hal ini diharapkan dapat membendung pentadbiran negeri daripada unsur-unsur penyelewengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Saya berharap OACP tersebut bukanlah hanya menjadi sebagai satu buku hiasan semata-mata, ianya harus dihayati dan dilaksanakan oleh setiap pegawai dan kakitangan jabatan,” katanya dalam majlis perasmian penutup bulan integriti negeri terengganu bertempat di dewan besar, wisma darul iman hari ini.

Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Razali Che Ani; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Rozali Salleh Dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Tuan Ruslan Che Mat.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM