redONE Masih Mengekalkan Pelan Postpaid Serendah RM8 Sebulan Untuk Membantu Rakyat Malaysia.
Tahun 2022 adalah tahun di mana rakyat Malaysia dapat merasai semula kebebasan dalam melakukan aktiviti seharian dan kehidupan seperti biasa selepas berjaya melepasi fasa pendemik covid-19. Namun, siapa sangka kini rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan cabaran kenaikan harga barang pula, yang sememangnya sangat memberi kesan kepada mereka. Bak kata pepatah; Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Tak dapat dinafikan, dalam pada ingin menjimatkan kos demi kelangsungan hidup, mungkin suatu hari nanti bayaran bulanan pascabayar akan menjadi salah satu senarai kos yang harus dikurangkan oleh sesebuah isi rumah yang sangat terkesan dengan keadaan ini. Faham dengan keadaan itu, sehingga sekarang redONE masih mengekalkan pelan postpaid yang berbaloi serendah RM8 sebulan untuk rakyat Malaysia. Pelan postpaid ini dikenali sebagai Pelan redONE Postpaid Amazing yang telah dinaik taraf dan dipadatkan dengan data sehingga 65GB.
Sebenarnya, ini mungkin akan menjadi penyelamat untuk mereka yang ingin berjimat dan memerlukan data yang banyak dalam urusan seharian mereka. Tidak lupa juga pada yang kaki borak, Pelan redONE Postpaid Amazing mempunyai panggilan tanpa had agar dapat menikmati borak tanpa henti sepanjang masa dan di mana sahaja kerana pelan ini mempunyai rangkaian terluas di seluruh Malaysia.
Selain itu, kepada mereka yang tidak gemar untuk terikat dengan mana-mana kontrak, Pelan redONE Postpaid Amazing sesuai untuk anda kerana pelan ini adalah tanpa kontrak dan akan membuatkan ianya lebih mudah kerana anda boleh menaik taraf atau menurunkan pakej pelan mengikut bajet bulanan yang dikhendaki pada bila-bila masa. Berita gembira untuk yang telah disenarai hitam oleh syarikat-syarikat telekomunikasi lain, anda juga diterima untuk menggunakan Pelan redONE Postpaid Amazing ini kerana tiada pengecualian dan internet adalah untuk semua. Nikmati bersama tanpa rasa runsing dengan Pelan redONE Postpaid Amazing yang memang berbaloi untuk semua.
Bersesuaian dengan nilai utama redONE iaitu ‘Back to Bacis- Kerana kehidupan sudah cukup merumitkan’, jadi redONE berharap dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa untuk terus berhubung dan sentiasa dapat menikmati internet sepanjang masa walau di mana-mana sahaja.
Sekiranya anda berminat dengan pelan yang redONE ditawarkan dan ingin melanggan, anda boleh temui Rakan Niaga redONE di cawangan berdekatan atau layari https://www.redone.com.my/postpaid/amazing_plan/bm