Penting jaga kesihatan ketika pandemik, 5 faktor ini boleh sebabkan metabolisme badan merudum

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KADAR metabolisme seseorang adalah berbeza mengikut saiz badan, suhu badan, hormon, pengambilan makan, tahap aktiviti dan sebagainya.

Namun begitu, ia masih boleh berubah-ubah menerusi beberapa faktor dalam mengekalkan metabolisme yang seimbang dan sihat.

Timbul kebimbangan sekiranya metabolisme seseorang menjadi perlahan atau dalam dalam erti kata lain ia kurang berkesan untuk membakar kalori terutamanya bagi yang sedang berdiet.

Sebenarnya situasi itu berlaku disebabkan oleh beberapa amalan dan kesalahan gaya hidup seseorang yang menyebabkan fungsi metabolisme badan menjadi perlahan.

Antara beberapa kesalahan biasa yang menyebabkan fungsinya tidak maksimun termasuklah;

1. Pengambilan kalori yang rendah

Untuk mengekalkan tahap metabolisme yang baik dan seimbang, seseorang perlu memastikan pengambilan makanan dengan kalori yang sesuai.

Kalori yang rendah dalam makanan merupakan faktor penurunan ketara dalam metabolisme manusia. Ini kerana kalori sangat diperlukan oleh tubuh.

Bagaimanapun tahap kalori yang diperlukan seseorang juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti aktiviti seharian.

2. Kurang bersenam

Antara penyebab fungsi metabolisme badan menjadi perlahan adalah berpunca daripada kurangnya pergerakan.

Aktiviti senaman seperti berjalan kaki, berbasikal, berjoging merupakan antara cara terbaik untuk memperbaiki masalah metabolisme rendah.

Namun, senaman perlulah dilakukan secara konsisten untuk mencapai tahap metabolisme yang bersesuaian.

3. Pengambilan minuman manis

Tidak dinafikan ramai yang mengalami masalah metabolisme yang perlahan disebabkan tabiat gemar minum minuman bergula.

Minuman manis bukan sahaja boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tetapi membuatkan metabolisme lambat bertindak sekiranya berlaku sebarang jangkitan.

4. Kurang tidur

Bagi menentukan paras metabolisme yang baik, seseorang perlu memastikan mendapat tidur secukupnya iaitu tujuh ke lapan jam sehari.

Beberapa kajian mendapati seseorang itu cenderung mengalami kenaikan berat badan jika mengalami gangguan tidur sekaligus menurunkan kadar metabolisme.

5. Gaya hidup

Kini gaya hidup ramai daripada kita sudah banyak berubah akibat pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada manusia.

Bagaimanapun, seseorang itu perlu mengambil inisiatif sendiri untuk kekal aktif dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Jika tiada perubahan dilakukan, ia boleh memberi kesan kepada tahap metabolisme seseorang.

Sumber: mStar