Penyebab Takabbur Menurut Imam Al-Ghazali

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebagai manusia, kadangkala kita mudah alpa dan leka seketika dengan nikmat dunia.

Namun, sebagai hamba-Nya, kita perlu sentiasa mengingati Allah SWT yang menciptakan seluruh makhluk di muka bumi ini termasuklah kelebihan yang dikurniakan kepada setiap insan.

Apakah nikmat dunia yang melalaikan kita? Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh penyebab yang boleh menyebabkan kita takabbur iaitu:

  • Ilmu pengetahuan. Mereka yang berilmu tinggi atau berpendidikan tinggi berasa dirinya orang yang paling pandai apabila dibandingkan dengan orang yang tidak berilmu atau berpendidikan.
  • Amal ibadah dapat menyebabkan sifat takabbur. Terutamanya apabila amal ibadatnya mendapat perhatian daripada orang lain.
  • Keturunan. Ini kerana keturunan dapat menyebabkan takabbur kerana menganggap dirinya lebih tinggi darjatnya daripada kelompok lain.
  • Kecantikan dan ketampanan wajah. Kecantikan yang dimiliki oleh seseorang menjadikan diri mudah merendahkan orang lain dan bersifat sombong.
  • Harta dan kekayaan. Ia menjadikan seseorang itu meremehkan orang miskin.
  • Kekuatan dan kekuasaan. Dengan kelebihan itu, mereka dapat berbuat sewenang-wenangnya terhadap orang lain tanpa melihat statusnya.
  • Banyak pengikut, teman atau sahabat karib yang berkedudukan tinggi.

Tujuh merupakan tujuh penyebab yang menyebabkan seseorang itu takabbur. Kita mestilah beringat supaya jangan sesekali sombong atau takabbur dengan Tuhan yang menjadikan kita.

Ingatlah dari mana asal usul kita dan segala kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kita hanyalah ujian untuk mengukur keimanan hamba-Nya.

Sumber: SINAR HARIAN