Penyelam laut Istanbul temui “botol bersejarah” di laut Bosphorus

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Botol bersejarah Hakan Kabasakal yang dikutip dari laut Bosporus dan ditpamerkan di Istanbul, Turki, 20 Jun 2021. (DHA FOTO)

Siapa sangka penemuan botol yang wujud di zaman Uthmaniyyah akan ditemui hari ini?

Botol-botol ini telah ditemui oleh seorang penyelam laut dalam, Hakan Kabasakal yang merupakan seorang marin biologis. Uniknya, beliau memanfaatkan hobi menyelamnya untuk mencari semula botol-botol yang wujud di zaman Uthmaniyyah atau botol-botol di zaman Republik Turki dan menjadikan botol tersebut sebagai koleksi simpanannya sekaligus menunjukkan kekayaan laut Bosphorus yang menyimpan khazanah sejarah lampau.

Hakan Kabasakal, penyelam laut dan marin biologis. Kredit : denizkartali

Kabasakal yang merupakan penyelam profesional telah menyelam selama lebih 30 tahun. Pada mulanya beliau bekerja sebagai pembersih laut dalam seperti membuang sampah sampah yang ditinggalkan oleh para nelayan atau sisa-sisa di bawah jambatan.

Baca juga : Hebatnya Angelina Jolie! Lawat Kem Pelarian Burkina Faso Untuk Memberi Kesedaran Isu Pelarian Seluruh Dunia!

Setelah menemui botol-botol lama yang dibuang, beliau mula tertarik dan merasakan ianya satu hobi yang menyeronokkan! Siapa sahaja yang tak teruja menemui tinggalan sejarah zaman Uthmaniyyah kan? Setakat ini, beliau telah berjaya mengumpul kira-kira 1,000 botol, dari 200 jenama.

Botol pertama yang dijumpainya adalah gazoz (sejenis botol minuman ringan) yang dihasilkan antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Aktiviti penyelaman beliau yang selanjutnya telah membawanya kepada kepada sebahagian besar botol dalam laut Bosporus. Antaranya ialah botol gazoz yang dihasilkan dan digunakan oleh masyarakat Yunani bandar, botol mustard yang dihasilkan di Paris, botol yang digunakan di istana Uthmaniyyah, botol sirap yang diperbuat daripada resin dan banyak lagi botol yang unik dan bersejarah.

“Botol berjenama bukanlah satu perkara yang baru di bandar ini. Hasil kajian saya menunjukkan bahawa Turki telah mengimport banyak barang pada zaman Uthmaniyyah dan barangan tempatan yang dihasilkan juga meriah” kata Kabasakal.

Antara koleksi lain yang disimpan oleh Kabasakal termasuklah sebotol soda dari zaman Victoria yang ditemuinya pada kedalaman 24 meter (78 kaki), tidak jauh dari sebuah rumah besar di tepi pantai di daerah Beykoz milik Abraham Pasha, seorang menteri Utsmaniyah yang berasal dari Armenia.

Beliau turut menemui sebotol ubat yang dihasilkan oleh Francesco Della Suda – atau lebih dikenali sebagai Faik Pasha, – seorang ahli farmasi abad ke-19 yang terkenal sebagai pelopor industri di negara ini.

Kabasakal mengatakan bahawa dia menggali buku sejarah untuk mencari asal-usul botol. Fuh, bukan kaleng-kaleng si Kabasakal ni kan. Ahli akademik merangkap penyelam profesional!

Mungkinkah kita juga akan menemui botol-botol pada zaman kegemilangan Melaka jika kita menyelam di Laut China Selatan?

Sumber : Daily Sabah