KUALA TERENGGANU – Peraduan Pakat Beli dan Menang Beras ERA yang bermula sejak 15 November tahun lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pengguna beras ERA di Pantai Timur.
Pengurus Jenama ERA, Nurazumy Najid berkata peraduan tersebut yang menawarkan hadiah utama pakej umrah bernilai RM 16 ribu telah mendapat penyertaan yang positif daripada pelbagai latar belakang.
“Alhamdulillah dia punya penyertaan sangat memberangsangkan terutamanya sejak bulan Januari dan Februari baru-baru ini”, beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Jelajah #ERARovingSquad di Sabasun Wakaf Tembesu.
Jelajah #ERARovingSquad tahun ini bermula di Kelantan dan Terengganu pada 3 Februari lalu dengan dengan menjelajah di daerah Pasir Mas, Kota Baharu, Pemaisuri dan Kuala Terengganu.
Tambahnya lagi, Jelajah kali ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung meskipun terdapat tempat Jelajah ini diadakan berlakunya hujan.
Objektif utama jelajah kali ini adalah untuk mempromosikan Beras-beras keluaran Era terutamanya Beras Cap Sinar Timur, Era Nagasari dan Era Sultan Basmathi kepada penduduk pantai timur, selain dari mewarwarkan peraduan Pakat Beli Era & Menang.
Sebanyak 2000 pek sampel Beras Cap Sinar Timur 400gm diagihkan di enam lokasi jelajah penganjuran dan pelbagai aktiviti permainan diadakan antaranya dengan setiap pembelian mana2 Beras Era di lokasi pengganjuran, pengguna berpeluang memenangi pelbagai hadiah ekslusif daripada beras ERA.
Menurutnya lagi, pihak Era Foods My juga bercadang mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah Duit Raya pada bulan Ramadan tahun ini.
Peraduan Pakat Beli Era & Menang tamat pada 15 Feb 2023 ini jadi pengguna disarankan mengambil peluang untuk sama2 menyertai peraduan ini!
– UNIT BERITA MANIS FM