Perancis: Bekas Menteri Mengkritik Karikatur ‘Pornografi’ Charlie Hebdo

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Luc Ferry Mantan Menteri Pendidikan Perancis
Foto : Moroccan News

Di antara perdebatan mengenai kebebasan bersuara di Perancis, mantan Menteri Pendidikan Perancis, Luc Ferry, telah mengkritik tindakan menunjukkan karikatur Charlie Hebdo kepada pelajar dengan pandangan baru.

Beliau selaku mantan Menteri terkenal kerana telah melaksanakan larangan tudung di sekolah awam Perancis pada tahun 2004, mempertahankan kebebasan bersuara.

Namun, beliau mengecam tindakan menunjukkan karikatur seperti itu kepada pelajar muda, bukan hanya disebabkan ia menyinggung perasaan.

“Untuk mengajar kebebasan bersuara, kita tidak perlu menunjukkan kartun yang berbatasan dengan pornografi,” kata Ferry.

Kenyataan itu adalah tindak balas awam pertama Ferry terhadap pembunuhan guru Perancis, Samuel Paty pada 16 Oktober. Seorang pelarian Chezhen berusia 18 tahun membunuh Paty berhampiran ibu kota Perancis, Paris, setelah guru itu menunjukkan karikatur Nabi Muhammad kepada muridnya.

‘Lukisan pornografi tidak boleh dimasukkan di sekolah’

Ferry tidak mengkritik secara jelas sifat anti-Islam melalui gambar itu, tetapi beliau mengecam dari aspek “pornografi “. Sesetengah gambar Charlie Hebdo menggambarkan Nabi Muhammad tanpa pakaian dan postur yang tidak sesuai.

“Kita dapat mengajar kebebasan bersuara tanpa menunjukkan gambar pornografi dan tidak masuk akal. Tuhan tahu bahawa saya tidak mempertahankan keganasan Islam, tetapi saya fikir kita tidak perlu menghina orang untuk mempertahankan kebebasan bersuara, ”kata Ferry.

Mantan menteri itu juga mengkritik kenyataan bahawa sebilangan besar karikatur yang diterbitkan di Perancis dengan nama kebebasan bersuara menyasarkan Islam dan umat Islam.”Sekiranya kita menunjukkan karikatur pelajar seperti Charlie Hebdo’s, kita harus menunjukkan karikatur yang menggambarkan Isa, Musa dan Muhammad,” katanya.

Ferry memberikan alternatif untuk mengajar pelajar mengenai kebebasan bersuara iaitu memberikan contoh karikatur 1831 Raja Louis Philippe dari Perancis. Lukisan itu membandingkan wajah raja dengan buah pir, meskipun agak kontroversi pada masa itu namun menurut Ferry, dapat menjadi gambaran yang baik untuk memperkenalkan pelajar muda kepada kebebasan bersuara.

“Charlie Hebdo boleh menerbitkan apa saja yang mereka mahu. Saya jelas akan menyokongnya kerana kebebasan bersuara sepenuhnya milik surat khabar. Tetapi kita tidak perlu melakukan perkara yang sama yang dilakukan Charlie di sekolah. Itu tidak masuk akal” beliau menyimpulkan.

Ferry, yang berkhidmat sebagai menteri pendidikan antara tahun 2002 dan 2004, terkenal kerana melaksanakan undang-undang Perancis yang sekular mengenai simbol agama yang jelas di sekolah, dan yang paling terkenal iaitu larangan memakai tudung di Perancis.

Undang-undang itu melarang memakai simbol agama di sekolah rendah dan menengah awam Perancis hasil impak teks undang-undang. Kerana nilai sekularisme Republik Perancis terus bertentangan dengan kebebasan beragama umat Islam.

Sumber : Moroccan News