Perancis bertindak menyekat sebuah kempen yang dilancarkan oleh Majlis Eropah terhadap ucapan kebencian anti-Muslim yang mempromosi kepelbagaian di kalangan wanita dan kebebasan mereka untuk memakai tudung. Bercakap kepada LCI TV, Sarah El Hairy, selaku Menteri Belia yang terlibat bersama menteri pendidikan negara, belia dan sukan, berkata kempen yang dilihatnya itu mengejutkannya.
“Kempen itu bertentangan dengan nilai Perancis. Video tersebut menggalakkan wanita bertudung dan kami mengutuk perkara ini. dakwa El Hairy. “
Negara Perancis menyampaikan penolakannya terhadap kempen ini (kepada Majlis Eropah) dan kempen itu dibatalkan.”
Mereka mempertahankan sekularisme dan kebebasan beragama, manakala kempen ini pula mempertahankan tudung, tambahnya. “Saya sangat terkejut,” El Hairy memberitahu LCI TV. “Ia adalah bertentangan dengan nilai yang dipertahankan Perancis, yang mempromosikan pemakaian bertudung.”
“Ini harus dikecam dan kerana ini Perancis menyatakan penolakannya dengan jelas dan kuat maka kempen tersebut telah ditarik balik setakat hari ini,” katanya dan mengesahkan bahawa Paris mengeluarkan bantahan rasmi melalui saluran diplomatik.
Selepas Perancis melakukan pembatalan kempen, Majlis Eropah memadamkan siaran berkaitan daripada akaun Twitter kempen tersebut yang mana kempen ini baru sahaja disiarkan pada minggu lalu.
Kempen dalam talian – dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah menunjukkan potret dua wanita muda yang tersenyum separuh badan serta dicantum dua untuk menunjukkan perbezaan seorang wanita tidak bertudung manakal seorang lagi bertudung.
“Kecantikan wujud dalam kepelbagaian sebagaimana kebebasan berhijab, antara ucapan yang diletakkan di poster tersebut. “Alangkah bosannya jika semua orang kelihatan serupa. Raikan kepelbagaian dan hormati hijab,” tambahnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kebencian anti-Muslim telah meningkat dengan ketara di Eropah. Ekstremisme sayap kanan dan xenofobia telah menyemarakkan Islamofobia di negara Barat dengan menggunakan alasan seperti serangan pengganas oleh Daesh dan al-Qaida serta krisis pelarian.
Rang undang-undang Perancis telah dikritik di seluruh dunia kerana ia menyasarkan masyarakat Islam dan mengenakan sekatan ke atas hampir setiap aspek kehidupan mereka. Ia membolehkan berlakunya campur tangan di masjid dan persatuan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran mereka serta mengawal kewangan persatuan dan NGO milik orang Islam.
Ia juga menyekat pilihan pendidikan masyarakat Islam dengan menghalang keluarga daripada memberikan pendidikan di rumah kepada anak-anak. Rang undang-undang itu juga melarang pesakit daripada memilih doktor berdasarkan jantina atas sebab agama atau lain-lain dan mewajibkan “pendidikan sekularisme” kepada semua pegawai awam.
Terbaru, Perancis mengumumkan minggu lalu rancangannya untuk menutup tujuh lagi masjid dan persatuan di seluruh negara menjelang akhir 2021 atas alasan “radikalisme” sebagai sebahagian daripada kempen Islamofobia terhadap penduduk Islam di negara itu.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan sering mengkritik kempen dan dasar anti-Islam kerajaan Perancis. Erdoğan berkata beberapa negara Barat berkeras untuk tidak mengambil langkah terhadap sentimen anti-Islam yang semakin meningkat. Erdoğan juga menyeru institusi Turki untuk mengambil tindakan terhadap isu berkaitan umat Islam dan Turki di negara-negara tersebut.
Sumber: Daily Sabah