Jurumekap muda diberi peluang mengetengahkan bakat mereka menerusi Permai Beauty Got Talent yang diadakan di Permai Hotel Kuala Terengganu, Sabtu lalu. Bertemakan tradisional klasik, seramai 14 barisan jurumekap kelahiran Terengganu bertanding untuk menatarias model mereka bagi merangkul trofi Best Permai Beauty Got Talent.
Pengurus Besar Permai Hotel Puan Noralizan Abd Rahman berkata, bakat-bakat muda ini seharusnya perlu diberi peluang untuk mengetengahkan lagi bakat mereka meskipun hanya di pentas kecil.
” Ia juga secara tidak langsung dapat membantu menggilap bakat golongan muda yang masih bertatih dalam bidang tatarias pengantin. Acara ini juga merupakan salah satu langkah bagi menjana kembali ekonomi sepanjang berhadapan pandemik Covid-19″
Ujarnya lagi pertandingan seperti ini kemungkinan akan diteruskan pada peringkat zon timur dan masih mensasarkan golongan wanita.