Peruntuk Lebih RM3 Juta Baik Pulih Rumah Di DUN Ladang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU- Lebih RM3 juta diperuntukkan kerajaan negeri untuk membaik pulih rumah penduduk di Dewan Undangan Negeri(DUN) Adun Ladang sejak tiga tahun lalu hingga kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata daripada jumlah itu sekitar 300 rumah sudah dibaiki dengan nilai maksima RM13,000 satu rumah.

“Rumah-rumah ini sudah terlalu uzur untuk diduduki, jadi kita (Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang) membantu membaikinya bagi memberi keselesaan kepada penghuninya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Terengganu Kali Ke-28/29 Tahun 2021 di Dewan Teater, Wisma Darul Iman kelmarin.

Menurutnya, kerajaan sentiasa dan akan terus membantu rakyat tanpa mengira pesara atau tidak. 

“Dalam ziarah saya, selalu kita bertemu dengan mereka yang sakit memerlukan bantuan untuk beli susu dan lampin pakai buang, kita dahulukan sumbangan RM1,000, bolehlah digunakan untuk sebulan, mungkin tidak mencukupi, oleh kerana itu dalam masa yang sama kita usahakan Tabung Darul Iman yang kini dinaik taraf sebagai Yayasan Darul Iman, ”  jelasnya.

Sumber: TRDI News