Peruntukan RM 65.9 Juta Bantuan Aidilfitri Negeri Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukan sejumlah RM 65.9 juta untuk rakyat Terengganu sempena bantuan Aidilfitri yang disambut tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi kenyataannya hari ini berkata, selepas dua tahun kita berada dalam fasa pandemik dan sambutan hari raya terpaksa dibuat secara terbatas, tahun ini kita bakal menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dalam fasa endemik. 

“Oleh kerana itu, bagi meraikan hari kemenangan umat Islam ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas i-Fitri kepada rakyat Terengganu yang berjumlah RM 58.99 juta melibatkan sejumlah 150,947 penerima daripada kategori A dan B.”

Tambah beliau lagi, “manakala seramai 13,827 penjawat awam Negeri Terengganu Gred 56 dan ke bawah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022 berjumlah RM500 bermula 25 April ini.” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau turut berharap melalui bantuan ini dapat memeriahkan sambutan hari raya  bersama orang yang tersayang.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM