Petua Untuk Hilangkan Migrain Atau Sakit Kepala

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tak kurang ramai yang mengeluh mengalami sakit kepala atau migrain. Ada yang sakit kepala yang menyerang secara berulang-ulang. Ada yang sehinggakan menganggu kehidupa seharian, pelajran terganggu termasuklah pekerjaan.

Bagi mereka selalu yang mengalaminya, mungkin patut mempelajari petua-petua berikut ini kerana pengambilan ubat-ubatan mungkin adalah tidak elok jika diambil terlalu kerap.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan serangan migrain:

– Stres atau tekanan
– Pengambilan alkohol
– Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
– Tidak cukup tidur
– Perubahan hormon ketika haid
– Tabiat merokok

Migrain boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda.

Tutup mata dan berehatlah

Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.

Urut leher dan kepala anda

Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga.

Hangat atau sejukkan leher anda

Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.

Baca Juga  Susu Kunyit Untuk Menghilangkan Masalah Batuk Dan Selsema

Bersantai dan rileks

Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai teknik berehat boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.

Kurangkan stres dan tekanan

Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.

Lihat semula apa yang anda makan dan minum

Apa yang anda masukkan ke dalam badan anda boleh memberi impak besar kepada sakit kepala anda. cuba hadkan kafein dan alkohol dan elakkan rokok. Jadual makan juga adalah penting, terutama bagi mereka yang mendapat sakit kepala dari gula darah rendah. Jangan lewatkan makan, terutamanya sarapan pagi.

Sekiranya masalah anda tidak berkurang selepas melakukan langkah di atas, terus berjumpa doktor. Tahu punca dan rawat sewajarnya. Jangan cuba-cuba dapatkan rawatan melalui produk dan supplement tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi. Bahaya untuk kesihatan.

Sumber: AliffChannel