PGA rampas cecair vape bernilai RM89,000

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Rantau Panjang: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 890 botol cecair vape pelbagai perisa bernilai RM89,000 di pangkalan haram Epek di sini, awal pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan pada jam 3 pagi itu dilakukan ketika anggota bertugas membuat sebelum menemui beberapa kotak di kawasan pangkalan berkenaan.

Katanya, anggota kemudian memeriksa kotak terbabit dan menemui botol kecil disyaki cecair vape pelbagai perisa, namun mereka menunggu selama satu jam di situ tetapi tiada yang menuntut barangan terbabit.

“Rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 13 (A) AktaRacun 1952,” katanya dalam satu kenyataan media.

Nor Azizan berkata, tindakan menyeludup cecair vape ke Thailand adalah kerana ia mendapat permintaan tinggi di negara itu selain nilainya yang lebih mahal berbanding di Malaysia.

“Kita juga difahamkan, Thailand adalah sebuah negara yang mengharamkan penggunaan vape di negaranya, justeru mereka juga memilih cara menyeludup masuk secara haram untuk mendapatkan bekalan.

“Penyeludup mengambil risiko dan peluang untuk membawa masuk cecair vape secara haram, namun pihak kami terus peka mengenal pasti strategi mereka agar ia dapat dibanteras sebaik mungkin,” katanya.

Sumber: My Metro