Piala Thomas: Malaysia ‘Smash’ England

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Seperti diramal, Malaysia melakar kemenangan pertama saingan Piala Thomas selepas menundukkan England 5-0 dalam aksi sulung Kumpulan D di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama selepas mudah menewaskan Toby Penty 21-10, 21-15 sebelum beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melebarkan kedudukan menerusi kemenangan ke atas Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-15, 21-16.

Ng Tze Yong yang diturunkan sebagai perseorangan kedua memastikan kemenangan awal skuad negara hasil kemenangan ke atas Johnnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11 sebelum beregu kedua, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menewaskan gandingan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9.

Juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao memastikan kemenangan mutlak skuad negara dengan meraih mata kelima selepas mengatasi Cholan Kayan 21-11, 21-18.

Sumber: BERITA HARIAN