Pilihan Warna Cat Di Bilik Tidur Untuk Tidur Anda Lebih Nyenyak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Warna sebenarnya memberi peranan yang amat penting dalam menzahirkan emosi, perasaan dan juga mood. Begitu pentingnya warna sehingga ia boleh digunakan dalam perubatan moden bagi memulihkan masalah emosi pesakit. Selain itu, warna juga dikaitkan dengan simbolik personaliti seseorang.

Memilih warna untuk sesebuah ruang penting dalam memberi kontras mood. Cuba bayangkan kalau memasuki bilik tidur, apa yang kita mahu pastilah ketenangan dan keselesaan. Bagi penulis, bilik tidur ialah satu ruang dimana kita ingin melepaskan segala kekusutan dikepala.

Jadi buat anda yang teringin menukar dekorasi bilik tidur, apakata mula dahulu dengan warna cat. Wanista tampilkan 6 seleksi warna bilik tidur yang ringkas tapi mampu buat tidur anda lebih lena.

#1 Putih

Iya, paling mudah guna sahaja warna asas ini pada dinding bilik tidur anda. Kemudian gabungkan dengan beberapa pilihan warna lembut atau neutral. Warna putih boleh memberikan suasana yang tenang dan bersahaja. Jika anda ingin gaya kontemporari, warna putih sangat tepat dimainkan bersama perabut lebih gelap atau terang.

#2 Warna Pastel

Bagi anda yang suka warna merah jambu atau kuning, cuba guna dari rona pastel untuk lebih lembut. Bukan apa, warna pastel boleh beri ilusi ruang kecil menjadi luas. Secara tak langsung suasana bilik lebih cerah dan ceria tanpa menyakitkan mata.

#3 Warna ala Spa

Ambil sahaja idea dari spa yang pernah anda kunjungi iaitu warna coklat atau biru lembut. Warna sebegitu antara warna yang paling menenangkan. Tak mahu kelihat bosan, cuba padankan dengan perabut coklat atau kayu.

#4 Kelabu

Pilihan yang tak pernah salah. Bukan sahaja menenangkan, warna kelabu memberi imbangan sofistikated dalam ruang kamar tidur anda.

#5 Ungu

Aura dari warna ungu boleh mententeramkan minda dan tubuh badan. Selain itu, ruang bilik anda boleh bertukar jadi lebih elegan.

#6 Hijau

Setenang hijau hutan tropika? Memang tidak dapat dinafikan warna ini bukan sahaja beri efek rileks, malah menenangkan mata. Gubah bilik anda umpama dalam taman dengan alas cadar berasaskan fauna seperti bunga-bungaan.

Dah dapat idea? Okay sekarang dah boleh pergi beli warna cat pilihan hati.

Sumber: Wanista