MUSIM 2022 bakal menjadi pentas utama buat Petaling Jaya (PJ) City untuk membuktikan pendekatan ‘yakini lokal’ apabila bakal diperkuatkan oleh pemain muda meningkat naik terbaik dari pelusuk negara.
“Kami menduduki tangga ketujuh Liga Super, satu pencapaian yang begitu bagus dan pengurusan sangat gembira.
“Musim 2022 akan memberi cabaran dan sasaran kami adalah untuk meraih tempat kelima.
“Kami membawa masuk lima muka baru, seorang daripada Selangor, Penang dan Terengganu sementara dua lagi daripada Negeri Sembilan.
“Identiti pasukan kami ialah kecergasan pemain haruslah berada di tahap tinggi selain dominan dalam situasi satu lawan satu.
“Saya akan beri peluang untuk pemain (tonjolkan kemampuan) menerusi latihan dan perlawanan persahabatan,” kata ketua jurulatih, P. Maniam di Nadi Arena.
Sumber: AWANI