Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan bersasar membabitkan peruntukan sebanyak RM 420,000 kepada penduduk di Mukim Kuala Berang dan Mukim Kuala Terengganu yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan sebelum ini menyediakan bantuan bersasar kepada daerah Besut susulan pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 22 Mei.
Kerajaan negeri juga turut mengambil maklum mengenai pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan “lockdown” menyeluruh di seluruh negara bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun ini.
” Beliau meminta rakyat untuk kekal bertenang dan sentiasa patuh kepada arahan dan prosedur operasi standard (SOP) .
“Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni sebaliknya marilah kita berganding bahu dan bersatu hati untuk memutuskan rangkaian COVID-19.
” Teruskan bermunajat kepada Allah dan berdoa agar ujian ini segera berakhir dan kehidupan kita kembali normal seperti biasa,” katanya melalui Facebook.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPD di Mukim Kuala Berang bermula 29 Mei hingga 11 Jun manakala PKPD 21 mukim di Kuala Terengganu bermula 30 Mei hingga 12 Jun ini.
Sumber: Berita Harian.