PM, isteri tiba di Madinah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Riyadh: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Madinah hari ini jam 5.50 petang waktu tempatan untuk melakukan ziarah.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz itu disambut oleh Timbalan Gabenor Madinah, Putera Saud  Khalid Al Faisal dan Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab.

Perdana Menteri dan isteri yang tiba dari Makkah selepas selesai mengerjakan umrah, akan berada di Madinah selama dua hari bagi mengunjungi Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Rasulullah.

Beliau dijadual berlepas ke Riyadh esok bagi memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac. Kunjungan ke Arab Saudi ini adalah  sebahagian daripada rangka lawatan rasmi empat hari bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed  Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed  Rashid Al Maktoum.

Sumber: My Metro