Kuantan: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Abdulaziz di sini, hari ini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ismail Sabri tiba di istana pada jam 10.53 pagi dan sempat melambai ke arah petugas media yang menunggu.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari pangkalan Tentera Udara di Subang mendarat di Pangkalan Tentera Udara Kuantan pada jam 10.30 pagi.
Oleh kerana hanya ada satu pintu masuk ke istana, petugas media dan polis berkumpul di pintu masuk utama pada jam 9 pagi.
Difahamkan, kehadiran Perdana Menteri bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri yang bakal dilantik.
Sumber: My Metro