Polis beri amaran jangan sebar berita palsu pergolakan politik di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menularkan berita palsu tentang pergolakan politik di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, keadaan ketika ini tenang dan tiada sebarang situasi genting sebagaimana yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu.

“Saya ingin menasihatkan rakyat Terengganu sama ada di luar atau dalam negeri yang berminat dengan isu politik semasa agar jangan mewarkan-warkan atau menularkan perkara yang tidak sahih.

“Terengganu tenang dan tidak ada keadaan seperti yang diviralkan di media sosial,” katanya.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita mengenai laporan yang didakwa memfitnah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sehubungan itu, Rohaimi menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penyebaran berita-berita palsu yang menganggu ketenteraman awam.

Sumber: Utusan Malaysia