ALOR GAJAH – Polis masih mengesan beberapa anggota badan milik Cikgu Istiqomah yang belum dijumpai.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah.
Beliau berkata, setakat ini mayat mangsa masih berada di Jabatan Forensik Hospital Melaka sementara menunggu proses-proses yang akan dilakukan pihak hospital.
“Bedah siasat semua dan selesai, namun masih ada anggota badan yang belum dijumpai.
“Setakat ini mayat belum boleh dituntut dan sekiranya selesai waris boleh menuntut mayat mangsa bagi tujuan pengebumian,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Sinar Harian pada 6 Januari lalu melaporkan mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, hanya beralaskan kain di bawahnya disyaki seorang wanita berusia antara 20 hingga 30-an.
Selain itu anggota badannya tidak cukup iaitu kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipercayai telah dipotong.
Sinar Harian turut melaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
-SINAR HARIAN