Polis Lancar Ops Lampu Merah, Jika Bersalah Boleh Didenda 2,000!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Operasi Lampu Merah atau singkatannya Ops Lampu Merah di seluruh negara bermula 15 Disember sehingga 31 Disember ini.

polis lancar ops lampu merah, jika bersalah boleh didenda rm2,000!

Menurut satu kenyataan, operasi itu dilakukan bagi mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat merah, terutamanya dalam kalangan penunggang motosikal serta pemandu kenderaan lain.

“JSPT memandang serius sikap dan trend pemanduan ini yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan serta menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. Statistik penguatkuasaan ke atas kesalahan melibatkan langgar lampu isyarat merah pada tahun lalu merekodkan 69,267 saman dengan pecahan motosikal (32,657), kereta (29,873), lori (2,808) dan lain-lain kenderaan (3,929). Manakala dari bulan Januari hingga November 2020 pula merekodkan sebanyak 52,170 saman dengan pecahan motosikal (26,764), kereta (20,751), lori (2,208) dan lain-lain kenderaan (2,447),”, jelas kenyataan itu.

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh diambil tindakan di bawah kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Ekoran daripada itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan sentiasa patuh pada isyarat lalu lintas bagi keselamatan semua pengguna.

polis lancar ops lampu merah, jika bersalah boleh didenda rm2,000!
polis lancar ops lampu merah, jika bersalah boleh didenda rm2,000!

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )