Polis terima 49 laporan hina Pemangku Raja Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
The acting Sultan of Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah (right) and Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim (left) leaving Balairong Seri at Istana Negara after the installation ceremony of the 16th Yang di-Pertuan Agong on Tuesday. (July 30) –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kuantan: Polis sudah menerima 49 laporan polis berkaitan kenyataan menghina Pemangku Raja Pahang, di media sosial.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah itu, 48 laporan diterima di Pahang manakala satu laporan pula dibuat di Melaka.

Katanya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, kes ini masih dalam siasatan dan pengguna media sosial terutama golongan remaja dinasihatkan berhati-hati menggunakan platform berkenaan kerana semua pihak tertakluk kepada undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular di laman sosial membabitkan tangkap layar Twitter yang memuat naik gambar Tengku Hassanal yang diubahsuai bersama kenyataan jelik sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Sumber: My Metro