Primula Beach Hotel Sambut Baik ‘Sport Tourism’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Primula Beach Hotel Kuala Terengganu (PBHKT) menyambut baik industri ‘sport tourism’ dengan menjadi salah satu daripada beberapa syarikat perhotelan dan pengusaha café / kedai makan berkolaborasi bersama Kontinjen SUKMA Negeri Terengganu sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX, MSN 2022.

Pengurus Besar PBHKT, Suaibah Harun berkata ia adalah salah satu insentif PBHKT dalam menuju kepada ‘sport tourism’ selain sebagai sokongan moral kepada atlet SUKMA terutamanya Pasukan Menembak untuk beraksi dalam temasya SUKMA nanti.

Tambahnya, Sport tourism telah memberi impak yang besar dalam menjana ekonomi negeri terengganu khususnya serta industri perhotelan itu sendiri.

Beliau juga berkata, Primula Beach Hotel akan memberikan tajaan berbentuk makanan kepada pasukan menembak sepanjang Sukma berlangsung dan akan membantu dari setiap aspek dalam industri pelancongan.

Beliau turut berharap agar PBHKT, menjadi perintis yang bakal diikuti oleh beberapa premis hotel / café / kedai makan yang lain bersama pasukan-pasukan lain selepas ini, tambahnya kepada pemberita selepas

Pasukan Menembak Terengganu SUKMA XX, MSN 2022 bakal memulakan aksi di Temasya SUKMA XX, MSN 2022 bermula pada 18 hingga 23 September 2022 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM