Primula Hotel Pertama Guna Sistem Solar di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU– Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX), menjalin kerjasama yang strategik dengan Primula Beach Hotel melalui pemasangan sistem solar PV yang pertama dalam industri perlancongan dan perhotelan di negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Terengganu, Dr. Haji Mamad Puteh berkata sistem solar fotovoltaic ini dapat menjana sumber semula jadi dengan lebih mesra alam kerana secara langsung ia dapat mengurangkan perlepasan gas karbon dioksida serta membantu mengurangkan tahap penipisan lapisan ozon.

Katanya kerjasama yang strategik ini adalah seiring dengan agenda kerajaan di bawah kementerian tenaga dan sumber asli (KeTSA) yang mana memberi fokus kepada rancangan penjanaan tenaga boleh baharu atau lebih dikenali dengan ‘Renewable Energy‘.

“Pemasangan sistem solar PV di Primula Beach Hotel ini mempunyai potensi untuk mengurangkan juga perlepasan karbon dioksida 285 tan matrik setahun bersamaan dengan menanam 4716 anak pokok selama 10 tahun.

“Saya menyeru pada penggiat perlancongan yang lain untuk sama-sama mencuba membangunkan teknologi hijau di hotel dan resort masing-masing agar kita sama sama dapat membantu melestarikan alam sekitar dengan lebih luas untuk manfaat bersama,” katanya.

Turut menghadiri perasmian tersebut adalah Ketua Pegawai Pelanggan (SME & Residential) Bahagian Retail TNB, Haji Abdul Rahim Abd Jamill dan Ahli Lembaga Pengarah Primula Beach Hotel, Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM