PRN Sarawak: 872 Pengundi Awal Tunai Tanggungjawab

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUCHING – Seramai 872 pengundi terdiri anggota dan pegawai polis serta pasangan mengundi awal di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK) Sarawak, di sini, yang dibuka jam 7.30 pagi tadi.

Pengundi di pusat itu membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Satok, Tupong dan Samariang.

Empat saluran undi disediakan bagi ketiga-tiga DUN berkenaan di pusat mengundi terbabit.

Selain itu, terdapat juga khemah disediakan untuk petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang memakai set pakaian perlindungan diri (PPE) bagi individu yang memakai gelang kuarantin.

Terdahulu, petugas KKM dilihat melakukan sanitasi di pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi.

Sumber: BERITA HARIAN