Program Di bawah Bajet 2022 Kurangkan Kadar Pengangguran ke 3.7%

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Isu pengangguran telah berjaya ditangani di negara ini apabila kerajaan di bawah Bajet 2022 mengusahakan beberapa program seperti JaminKerja dan Program Pekerjaan Jangka Pendek (MYSTEP) yang membantu menurunkan kadar pengangguran kepada 3.7%.

Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia menawarkan pekerjaan dengan sasaran 600,000 membabitkan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Februari lalu.

Inisiatif JaminKerja pula adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta agensi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Ia membabitkan tiga komponen utama iaitu Insentif Penggajian JaminKerja, Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran.

JaminKerja turut menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada pelbagai golongan termasuk orang kurang upaya (OKU), Orang Asli dan banduan dengan pembabitan pelbagai agensi berkaitan termasuk Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC), Kementerian Pengajian Tinggi , Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta MDEC.

Ekoran daripada itu, kadar pengangguran menurun pada 3.7% pada bulan Jun 2022, paras terendah COVID-19 melanda negara, dengan jumlah penganggur seramai 630,000 orang berbanding tahap tertinggi sekitar 826,000 orang pada bulan Mei 2020.

Tren penurunan kadar pengangguran dijangka akan diperkukuhkan lagi bagi bulan- bulan yang akan datang, disokong oleh pembukaan ekonomi sepenuhnya dan dasar berterusan Bajet 2022 seperti inisiatif penciptaan pekerjaan JaminKerja bernilai RM4.8 bilion, serta program subsidi upah bagi sektor peruncitan dan pelancongan.

Dari segi manfaat kepada pekerja, gaji dan upah juga meningkat pada suku kedua 2022, iaitu 5.2% bagi sektor pembuatan dan 9.3% bagi sektor perkhidmatan.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM