Program Mari Candat Sotong JPS Dapat Sambutan Meriah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MARANG – Program Candat Sotong 2023 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia mendapat sambutan meriah dengan penyertaan seramai 160 peserta yang terdiri daripada 18 buah bot.

Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran  Negeri Terengganu, Ir. Tuan Haji Hanizan Deraman berkata, program yang julung kali diadakan oleh JPS Malaysia ini mendapat penyertaan daripada 11 buah negeri.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati dengan penganjuran pertama kali untuk JPS Malaysia dan kita JPS negeri Terengganu yang menjadi tuan rumah dan mendapat sambutan hangat”.

Tambah beliau, beliau turut berhasrat menjadikan program ini sebagai acara tahunan berikutan mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta.

“Jadi Insyallah, kita akan buat jika mendapat sokongan semua pihak termasuk peserta-pserta dan sokongan kerajaan negeri dan kita akan buat pada tahun ke depan”.

“Dan mungkin kita akan wujudkan lebih banyak peluang penyertaan untuk orang lain menurut serta seperti yang dicadangkan tadi iaitu pecahkan ke beberpa tempat di Besut, Maran dan sebagainya” beliau berkata demikian pada sidang media Program Candat Sotong 2023 di Jeti Kompleks LKIM Daerah Marang pada Sabtu.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu, Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak yang turut dihadiri PengarahBahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Kuala Lumpur, Ir. Rosazlan Abu Seman.

Program ini turut dimeriahkan dengan beberapa pertandingan iaitu, Tangkapan Sotong Paling Panjang, Tangkapan Sotong Terbanyak dan Pertandingan Memasak.

– UNIT BERITA MANIS FM