Projek Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) Terima Perlaburan Bernilai RM 680 Juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu melalui anak syarikat miliknya (GLC) Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) serta anak syarikat kumpulan, TI Properties bersama MGB Berhad melancarkan projek Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) bernilai RM680 juta.

Menurut YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, taman perindustrian tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada perkembangan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan serta catalyst kepada industry hiliran yang lain jugasekitar daerah Kemaman dan negeri Terengganu secara keseluruhannya.

“Rakyat Terengganu juga bakal menikmati curahan ekonomi menerusi peluang pekerjaan yang akan ditawarkan oleh KTIP dalam pelbagai bidang dan kemahiran yang diusahakan,” tambah beliau lagi,

“Para pelabur juga dapat menjalankan perniagaan sambil menikmati pelbagai insentif cukai yang disediakan di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) selain menyediakan pintu masuk ke Pasaran Asia-Pasifik, Eropah, Amerika, dan Timur Tengah.” katanya ketika merasmikan Projek Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) di Resort World Kijal, hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed, Pengarah Urusan Kumpulan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan serta Pengarah Retro Court Sdn Bhd, Dato’ Hendri Dahlan.

Ahmad Samsuri juga berkata, projek itu akan dibangunkan di tanah perindustrian berkeluasan 1,007 ekar yang strategik dalam hab bioekonomi bersepadu melibatkan industri bio-polimer dan produk kimia yang berasaskan bio.

Beliau turut yakin dengan komitmen yang diberikan MGB Berhad memberikan  komitmen penuh kepada kerajaan negeri dan rakan kongsi bagi memastikan projek tersebut siap tepat pada masanya melalui pembinaan infrastruktur bagi fasa 1 Projek Kertih (sebahagian daripada KTIP) yang bakal siap menjelang 2024.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM