Kuala Terengganu – Lebih 200 peserta dari semua peringkat umur, menyertai program KMI Sports Forum : Cyce In Sync with TSG. Program ini terdiri daripada acara Fun Ride dan Forum anjuran KMI Healthcare dengan kerjasama Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).
Program ‘fun ride’ sejauh 22km ini bermula seawal jam 8 pagi dengan mengambil laluan bermula dari Kawasan Batu Buruk. Antara atlit penunggang berbasikal profesional TSG yang turut hadir ialah Harrif Saleh, Wan Abdul Rahman Hamdan, Nur Amirul Fakhruddin Mazukidan Goh Choon Huat.
Puan Salina Long selaku Pengurus Besar KMI berkata, “KMI berhasrat untuk lebih kehadapan dalam mempromosi gaya hidup sihat bagi rakyat Terengganu. Beliau turut menambah bahawa acara ini adalah lanjutan daripada penajaan KMI Healthcare, anak syarikat milik TDM Berhad kepada pasukan TSG untuk tahun 2022. Sebelum ini KMI Kuala Terengganu turut menganjurkan acara tahunan larian umum ‘Run from Diabetes’ yang mampu menarik sehingga 2000 peserta dari dalam dan luar negara.
Bagi acara kemuncak, Forum “Common Injuries Among Cyclist” yang diadakan setelah acara fun ride menyentuh mengenai masalah kecederaan yang biasa dialami pengayuh berbasikal professional dan amatur sekaligus membahaskan mengenai kaedah rawatan yang sesuai.
Antara barisan panel yang terlibat termasuklah Pakar Ortopedik dan Fisioterapi daripada KMI Kuala Terengganu Medical Centre, Dr. Nik Fatmy Nik Mohd Najmi dan Emee Al-Amin Ab Aziz dan juga atlit berbasikal profesional daripada TSG, Goh Choon Huat dipacu oleh moderator Nurul Alis Aidil Akhbar.
Acara KMI Sports Forum: Cycle In Sync With TSG berakhir dengan cabutan bertuah. Peserta yang bertuah membawa pulang hadiah utama telefon pintar Iphone 13, Gelang Emas, basikal dan merchandise Eksklusif TSG.
Sumber: Unit Berita Manis FM