PRU15: Rakyat Perlu Turun Mengundi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang pembubaran parlimen bagi memberi ruang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15. Persoalannya, adakah rakyat bersedia dengan PRU kali ini?

Tidak dapat dinafikan, rakyat sudah dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku dalam masa terdekat ini kerana terdapat desas desus yang mengatakan kerajaan akan dibubar semula menjelang akhir tahun 2022.

Walaupun begitu, masih ada segelintir daripada kita tidak mahu turut serta dalam memberi kerjasama untuk mengundi bagi pilihan raya yang akan diadakan nanti.

Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas, Melaka dan Johor tidak mendapat sambutan yang baik kerana pencapaian yang turun mengundi adalah agak rendah.

Syarat kelayakan untuk mengundi daripada minimum yang berumur 21 tahun diturunkan ke 18 tahun adalah untuk menjadikan masyarakat berpatisipasi dengan lebih aktif dalam memilih pemimpin dari konteks demokrasi.

Menurut beliau lagi, walaupun tahap kelayakan telah diturunkan masih ada lagi segelintir yang tidak mahu mengundi dan ini akan menjejaskan sistem demokrasi akan datang.

“Sebagai contoh, kalau ada 18 juta orang yang sepatutnya mengundi tetapi yang hanya turut serta mengundi hanyalah lima juta orang ianya tidak akan mencapai objektif demokrasi itu sendiri malahan akan membahayakan lagi kepada demokrasi tersebut.

“Kita sebagai warganegara Malaysia kena turun mengundi supaya sistem kita pilih iaitu demokrasi mempunyai sokongan yang kukuh,” katanya.

Jelaslah bahawa jikalau ramai yang tidak turun untuk mengundi maka demokrasi pada kali ini tidak akan berkesan kerana pemimpin yang dipilih kali ini bukanlah daripada suara majoriti rakyat kita sendiri.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM