KUALA TERENGGANU – Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menyasarkan seramai 150 ribu pengunjung pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, PSKT menerima pelawat seramai 100,000 orang pada keseluruhan tahun lepas.
Katanya, ia merupakan peningkatan daripada tahun sebelumnya yang hanya menerima kunjungan seramai 10,000 orang sahaja.
“Pencapaian ini menjadikan kutipan pendapatan tiket pelawat melebihi RM850,000 pada tahun 2022.
“Manakala kutipan tahun sebelumnya sebanyak RM82,000 sahaja,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) PSKT bersama Rakan Strategik bertempat di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu semalam.
Majlis memorandum Persafahaman tersebut di antara PSKT bersama empat rakan strategiknya lain iaitu, Tech Capital MYRO, myFuturity Global, Husa Nretwork Sdn.Bhd. dan EVSTACK.
Memorandum tersebut diadakan bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan PSKT sebagai sebuah GLC negeri selain dapat mengukuhkan kerjasama yang akan memberi impak dalam bilang Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM).
Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.
– UNIT BERITA MANIS FM