Banjir kilat yang dilaporkan berlaku di Jalan Gebeng – Bypass berdekatan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia – China (MCKIP) di Kuantan menghalang lalu lintas menyebabkan puluhan kenderaan terkandas.
Tinjauan mendapati hujan lebat yang masih berlaku ketika ini menyebabkan pemandu kenderaan di kedua-dua arah laluan berkenaan mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Bagi mereka yang ingin menghala ke Sungai Ular – Kemaman, Terengganu dinasihatkan menggunakan laluan Jalan Pintasan Kuantan – Pelabuhan.
Difahamkan, kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota yang mewakili Datuk Saifuddin Abdullah turun melakukan tinjauan di lokasi kejadian dan menuju ke beberapa rumah penduduk di Sungai Ular yang didakwa sedang menghadapi banjir kilat.
“Ada di antara mereka dikhabarkan sedang bersiap-siap untuk berpindah. Jadi kita nak pergi tinjau keadaan mereka,” katanya. -SINARHARIAN