Mayang Mall yang merupakan pusat membeli belah terbesar di wilayah Pantai Timur dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Khamis, (5 Disember 2024).
Dengan lebih daripada 300 lot kedai kawasan boleh disewa bersih (NLA) seluas 725,806 kaki persegi, Mayang Mall mengubah definisi landskap beli belah Pantai Timur dengan pengenalan jenama tempatan dan global yang baharu kepada pasaran.
Ini juga merupakan Gedung Beli Belah SOGO yang pertama di Pantai Timur.
Bangunan ini mempunyai 1 Tingkat Bawah Tanah dan 6 Tingkat parkir bertingkat yang mampu menampung hampir 2000 parkir kereta dan hampir 900 parkir bermotor untuk pengunjung yang hadir.
Antara penyewa utama di pusat beli belah ini adalah, Gedung Beli-Belah SOGO, Mercato, Pawagam GSC, Sports Direct, Alibaba Karaoke,Ombak Pazaar, Kaison, Mr DIY, Padini dan Brands Outlet.
Selain itu, Mayang Mall ini terletak di tempat yang sangat strategik yang mempunyai pelbagai kemudahan di dalam radius 10 kilometer antaranya, kemudahan untuk Pendidikan, terdapat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), untuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Tanah & Daerah Kuala Terengganu danSyarikat Air Terengganu (SATU), untuHospital Sultanah Nur Zahirah, KMI Kuala Terengganu Medical Centre dan SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu.
Turut disediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna yang hadir antaranya, tempat Mesra OKU & kanak-kanak, Tempat Letak Kereta & Motosikal yang luas, Laman Mayang, Tandas , Stesen ATM, Bilik Laktasi , Keselamatan & Polis Bantuan, Stesen Pengecasan EV, Surau, Dewan Acara dan Studio TikTok.
Mayang Mall turut mewujudkan ruangan khas iaitu Ombak Pazaar yang berkonsepkan pasar tradisional dengan sentuhan bazar moden di mana sebuah ruangan khas untuk perniagaan tempatan dan pemborong, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan berbudaya.