Pusat Rekreasi Ulu Kasar Perkenal Produk Perlancongan Baharu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SETIU – Taman Eko Rimba Lata Ulu Kasar kini berwajah baharu dengan pengenalan pelbagai produk pelancongan baharu yang mampu menaikkan kedatangan pengunjung ke Lata Ulu Kasar.

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu,  Ahmad Rizal Muhammad berkata sebanyak RM 480 ribu diperuntukkan bagi membangunkan tempat yang kosong sebelum ini kepada tempat tarikan kepada pengunjung.

Menurut beliau, pelbagai infrastruktur telah dibina antaranya infrastruktur jalanan, surau, gerai, wakaf, kemudahan untuk camping site yang boleh disewa dan flying fox telah dibina.

Beliau juga berkata , peruntukan tersebut adalah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang disalurkan kepada Majlis Daerah Setiu.

Tambahnya lagi, disebabkan pusat pelancongan ini masih menggunakan tenaga solar , mereka akan  terus menambahbaik infrastruktur di kawasan itu terutamanya dengan pembinaan pencawang telekomunikasi bagi menambahbaik talian di kawasan ini .

“Saya berharap pelancong dapat menjaga kebersihan, keselamatan dan juga kesejahteraan serta  pengunjung dapat menjaga keselamatan walaupun air cetek namun kita tidak inginkan berlaku kejadian yang tidak di ingini.” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian produk pelancongan Setiu Adventure Park dan perlepasan peserta kayak.

Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YBM Tengku Seri Bijaya Raja.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM