Ibarat lilin yang menyinari kegelapan,” kata Fawzi Al Ghoudi di ibu kota Yaman, mengenai inisiatifnya untuk menghidupkan kembali minat orang terhadap buku, sebagai melepaskan diri dari cengkaman kegelisahan perang.
Idea untuk kempen “Yaman Membaca” sangat mudah – Hanya ingin mewujudkan perpustakaan mini di seluruh bandar di mana setiap orang boleh meminjam buku secara percuma, kata lelaki berusia 30 tahun itu kepada AFP.
Inisiatif ini bermula pada tahun 2013, setahun sebelum tentera militan Al Houthi yang disokong oleh Iran merebut Sanaa. Ramai sukarelawan projek itu melarikan diri semasa perang tiu berlaku, bagi menyelamatkan nyawa mereka, tetapi Ghoudi dan empat sahabat lain menghidupkannya semula pada tahun 2019 setelah mendapat kebenaran daripada Al Houthi.
Setakat ini mereka telah mendirikan lima reruai kecil dengan rak yang penuh dengan buku di tempat awam di Sanaa, di sebuah pusat membeli-belah.
Konflik Yaman, yang mencetuskan seberti yang digambarkan oleh PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia, pada tahun keenam mereka, puluhan ribu telah terbunuh dan majoriti penduduk terpaksa bergantung pada bantuan untuk bertahan hidup.
Kota Sanaa pernah menjadi salah satu pusat komersial dan budaya yang paling rancak di rantau ini, tetapi kejayaannya kini hanya tinggal kenangan.
Al Houthis mengenakan kod moral yang ketat, termasuk menutup kafe yang tidak mematuhi peraturan untuk memisahkan lelaki dan wanita serta mengenakan pakaian sopan. .
“Negara ini berbau senjata… justeru dengan inisiatif perpustakaan mini ini akan mengingatkan mereka bahawa membaca masih lagi penting meskipun tidak lagi menjadi keutamaan,” kata Mohammed Mahdi, 32, salah seorang pembaca tegar.
Dia mengatakan dia menemui salah satu gerai “secara kebetulan” tahun lalu dan sejak itu dia idak berhenti meminjam buku dan mendorong orang lain melakukan hal yang sama.
Ghoudi mengatakan berdarkan sumbangan yang mereka terima, mereka dapat mengumpulkan hampir 5,000 buku dan berharap dapat membuka 10 lagi perpustakaan. Tetapi di negara yang mempunyai banyak keperluan mendesak, mengumpulkan dana adalah perkara yang sangat sukar.
“Ramai memberitahu bahawa mereka lebih suka membuat sumbangan untuk memberikan bantuan kepada orang-orang yang terkena perang, dan mengelakkan bencana kelaparan,” katanya. Namun, Ghoudi dan rakan-rakannya terus berusaha untuk membina projek itu dengan sebaik mungkin, dan menyediakan kotak koleksi untuk buku-buku di kios mereka.
Namun mereka tidak mahu menerima buku-buku mengenai politik dan agama – topik perdebatan di negara yang bermasalah.
Fatima Al Kathiri, 24, seorang pelajar universiti, menyatakan kegembiraanya dapat mengambil bahagian dalam inisiatif ini.”Ini adalah salah satu pengalaman terbaik saya,” katanya. “Membaca secara umum dapat membantu menjelaskan idea dan berfikir dengan lebih baik.”
Sumber : Gulf News