Putin Isytihar Operasi Ketenteraan di Timur Ukraine

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di timur Ukraine.

“Saya telah membuat keputusan untuk menjalankan operasi ketenteraan khas,” kata Putin pada lewat petang Rabu, menurut laporan Fox News.

“Analisis kami membuat kesimpulan bahawa konfrontasi kami dengan pasukan (Ukraine) ini tidak dapat dielakkan.

“Saya ingin katakan ini kepada pihak yang mungkin mahu campur tangan.

“Rusia akan bertindak balas serta-merta dan anda akan terima akibat yang tidak pernah anda alami sebelum ini dalam sejarah anda,” katanya.

Sumber: AWANI