Rahsia Orang Cina! Siapa Sangka Kaki Ayam Baik Untuk Awet Muda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ada sesiapa di sini yang makan kaki ayam? Kalau anda makan, syabas. Tetapi pada yang tidak, inilah masa mencubanya.

Tak sanggup sebab bentuknya yang pelik dan kotor? Tahukah anda kaki ayam punya banyak kelebihan untuk kulit wajah kita. No wonder orang Cina, Korea, Vietnam dan Filipina amalkan makan kaki ayam, lihat sahaja kulit mereka yang bersih, berkilat dan awet muda. Bukan orang Asia saja yang makan kaki ayam, masyarakat Jamaica, Afrika Selatan, Trinidad dan Amerika Syarikat juga mempunyai resepi kaki ayam mereka yang tersendiri.

Apa Yang Istimewa Tentang Kaki Ayam?

Ada yang berpendapat untuk mengelakkan pembaziran. Ini mungkin benar kerana kebanyakan kumpulan etnik yang makan kaki ayam secara tradisinya daripada kumpulan berpendapatan rendah. Yang lain pula menjelaskan kaki ayam baik untuk kesihatan dan kecantikan. Tetapi, bolehkah anda makan kaki ayam jika diberi peluang?

Kaki Ayam & Kolagen

Salah satu faedah positif yang berkaitan dengan kaki ayam adalah kulit yang bersih dan awet muda.

Kajian oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University in Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Penyelidikan di universiti ini juga mengesahkan kaki ayam sebagai sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Kolagen yang kita ketahui adalah sumber untuk kulit awet muda.

Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfate. Asid hyaluronik boleh menghalang kesan penuaan. Chondroitin sulfate adalah baik untuk osteoartritis, orang yang mengalami masalah sendi.

Kolagen & Kebaikannya

Kolagen digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘menyatukan badan kita bersama’. Faedah bukan hanya untuk kulit tetapi juga untuk jantung.

  • Kulit lebih sihat dan muda
  • Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
  • Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
  • Melambatkan kesan arthritis.
  • Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Yang pasti kebanyakan kolagen atau suplemen kolagen mahal. Jadi, mengapa bayar begitu banyak jika anda mempunyai alternatif yang murah atau dijamin? Gunakan kaki ayam sebaliknya.

Untuk menikmati faedah kolagen dalam kaki ayam, gunakannya dalam sup, digoreng kilas atau dalam sebarang masakan.