KUALA TERENGGANU – Syarikat Percetakan, Raja Cetak AC Legacy menjadi penaja bagi pakaian varsity jacket bagi barisan penyampai Manis FM sepanjang Karnival Beautiful Terengganu 2023 yang akan bermula Khamis ini.
Pengurus Raja Cetak AC Legacy, Muhammad Na’im Zikri Mohd Zamli berkata, pemilihan radio Manis FM ini berikutan pencapaian radio yang menjadi pilihan di kalangan pendengar negeri Terengganu serta Pantai Timur.
“Jadi, kita yakin dengan Manis FM mampu membantu kita dari segi promosi meluas di negeri Pantai Timur”.
“Alhamdulillah, kita memang fokus di Pantai Timur, seperti jersi bola dan banyak pelanggan kami turut di kalangan anak syarikat negeri Terengganu seperti Epic Sdn Bhd, dan jabatan-jabatan awam negeri seperti Polis dan bomba yang menjadi pelanggan tetap kami” beliau berkata demikian ketika di temu bual pemberita di konti Manis FM.
Raja Cetak AC Legacy yang telah masuk tahun keempat pengoperasiannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penduduk negeri ini melalui penganjuran acara-acara yang dianjurkan kerajaan negeri dan swasta.
Selain telah menjadi penaja kali kedua bagi Manis FM, Raja Cetak AC Legacy turut telah berkerjasama dari segi penajaan dengan Akademi Bola Sepak, Nor Farhan Football Academy dalam menyediakan jersi pasukan bagi akademi tersebut sebaris dengan Manis FM.
Tambah beliau lagi, Raja Cetak AC Legacy merancang bagi promosi sampul raya, baju dan percetakan sticker menjelang Ramadhan akan datang.
Jika anda turut berminat bagi dapatkan pelbagai barangan seperti baju dan jersi yang bergaya dengan harga yang berpatutan, boleh kunjungi semua platform media sosial Facebook, Instagram dan Tiktok Raja Cetak AC Legacy.
– UNIT BERITA MANIS FM